Saturday, 28 March 2015
Santai Bersama Keluarga Hari minggu. Menu apa ya hari ini? Baru nak ke supermarket membeli bahan masakan. Dulu bonda pesan kepada saya, masaklah dengan kasih sayang. Keenakkannya luar biasa. Kini menjadi pesanan saya kepada anakanda pula. Masak dengan kasih sayang Masak dengan senyuman. Hubungan kekeluargaan lebih mengeratkan Suraya Anizah Abdullah
Friday, 27 March 2015
Wednesday, 25 March 2015
Bonda kesayangan ku Hari ini saya melawat bonda dirumahnya lagi. Bila saya sampai di depan pintu rumah kelihatan bonda tersenyum manis. Bonda: Seorang saja? Saya: Ya, saya baru selesai bersama program Kusel. Sambil bersalaman dan memelok ciumnya. Begitulah. Bonda akan menanti kedatangan saya setiap hari Rabu sekitar jam 6 petang. Beberapa jam akan saya menfaatkan bersamanya dengan pelbagai cerita yang di kongsikan sambil menjamu makanan. Nanti lepas isyak saya akan berangkat pulang. Kerisauan akan kelihatan dari raut matanya kerana bimbangkan saya memandu seorang diri diwaktu malam. Saya akan meyakinkannya bahawa saya pemandu yang berhemah dan akan berhati hati dijalanraya, sambil tersenyum riang. Insya Allah. Semoga dengan berkat doa bonda akan dipermudahkan segala urusan saya. Terima Kasih bonda.. #SueAnneSerra Suraya Anizah Abdullah
Tuesday, 24 March 2015
Sukakan gaharu kerana baunya Sukakan guru kerana ilmunya Inilah buku buku yang saya baru beli. Saya percaya guru saya Dato Roslan Ab Hamid telah habis membaca buku keluaran Seth Gordin yang di pesan. Saya pula baru hendak mula membacanya.. Pesan beliau kepada saya, bacalah sekurang-kurangnya sehelai diwaktu terluang. Bawalah buku kemana mana dan contenglah buku itu. Faham dan hadam kemudian kongsikan. Gandakan untuk saham akan datang. Terima kasih Dato dan Satin Ruzita Jaafar yang banyak membimbing saya sehingga saya sentap sekali sekala Suraya Anizah Abdullah
Sunday, 22 March 2015
Sunday, 15 March 2015
Saturday, 14 March 2015
Friday, 13 March 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)