Sunday, 13 March 2016

PENGURUSAN BISNES DOBI - Dobi Layan Diri (Sambungan) ======================== . SOALAN: . Saya minat satu kawasan. Tapi disana sudah ada 2 buah Dobi Layan Diri berfranchise. Masih bolehkah saya membuka satu di kawasan itu.? . JAWAPAN: . Syarikat syarikat besar yang menawarkan dobi franchise sememangnya telah membuat penyelidikan tentang kawasan yang hendak mereka terokai. . Tuan/Cik puan mesti juga buat penyelidikan. Lebih mudah menyelidik ditempat yang telah ada dobi layan diri. Selidiklah kadar respon pengunjung sediada dan catitkan kelemahan dan kekuatan. . Secara kasar saya berpendapat tempat tempat yang sudah ada dobi franchacise berpotensi mendapatkan jualan yang bagus. Maka andaikata Tuan dan Cik/Puan ingin membuka dikawasan berdekatan haruslah adakan keunikan dan kelebihan servis yang boleh ditawarkan. Hanya dengan cara demikian dapat bersaing secara sehat. . #GuruDobiSerra #Pengurusanbisness Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/1RXYAjL
via IFTTT

No comments:

Post a Comment