Pages

Wednesday, 25 March 2015

Bonda kesayangan ku Hari ini saya melawat bonda dirumahnya lagi. Bila saya sampai di depan pintu rumah kelihatan bonda tersenyum manis. Bonda: Seorang saja? Saya: Ya, saya baru selesai bersama program Kusel. Sambil bersalaman dan memelok ciumnya. Begitulah. Bonda akan menanti kedatangan saya setiap hari Rabu sekitar jam 6 petang. Beberapa jam akan saya menfaatkan bersamanya dengan pelbagai cerita yang di kongsikan sambil menjamu makanan. Nanti lepas isyak saya akan berangkat pulang. Kerisauan akan kelihatan dari raut matanya kerana bimbangkan saya memandu seorang diri diwaktu malam. Saya akan meyakinkannya bahawa saya pemandu yang berhemah dan akan berhati hati dijalanraya, sambil tersenyum riang. Insya Allah. Semoga dengan berkat doa bonda akan dipermudahkan segala urusan saya. Terima Kasih bonda.. #SueAnneSerra Suraya Anizah Abdullah



from Facebook http://ift.tt/1N7x80q

via IFTTT

No comments:

Post a Comment