Berpeluang bergambar bersama Mentor yang disayangi Tuan Haji Dr Azizan Osman @ #DAO adalah antara 101 impian saya. Malahan ketika solat di surau Richworks, dalam derauan guruh dan hujan yang lebat, hati ini telah berkata kata alangkah gembira sekiranya hajat dimakbulkan. Terima kasih diucapkan kepada Dato Roslan Ab Hamid dan Datin Ruzita Jaafar yang membuka ruang. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. Lidah kelu tidak terkata Kerana mimpi menjadi nyata. Namun semangat saya berganda ganda Kerana Aura Tuan Guru dapat dirasa Terima kasih #DAO kerana sudi meluangkan masa. Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment