Penantian seorang ibu. Hari ini saya singgah ke rumah bonda setelah selesai sessi bersama #KUsel . Seperti biasa ibu tersenyum riang. Waktu saya sampai ibu sedang menyiram pokok bunga orkid dan pokok bunganya. Selepas solat maghrib saya mengajaknya keluar makan bersama anakanda Arif Hakim. Seronok betul bonda berbual mesra dengan cucundanya. Jenakanya membuat anakanda Hakim tergelak keseronokan. Alhamdulillah bonda masih sehat dan semoga gembira selalu Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment