L.O.V.E Living our Value Everyday - Bahagian 3 Dulu Cik Sue Anne tidak pernah berfikir mendalam dan mengkaji tentang nilai nilai kemurnian seseorang. Tetapi setelah menghadiri sessi n Ibu Faridah Hanim Haron dalam Performing Edge Mastery, baru mengerti bahawa nilai nilai murni ini sungguh penting dalam membentuk bukan sahaja dalam kekeluargaan, kemasyarakatan, pekerjaan malahan dalam memajukan perniagaan. Sebagai ketua, haruslah punya sifat adil, bertimbang rasa, perihatin, waras dan matang. Seorang ketua akan menjadi contoh kepada pekerjanya. Bila suasana dalam organisasi menjadi positif, kakitangan akan bekerja dengan gembira dan memberikan kerjasama tanpa diminta. Gajaran seperti ucapan terima kasih, senyuman dan kata kata pujian akan menaikkan semangat dan rasa dihargai. Tugas ketua dalam mencari penyelesaian kepada pemasalahan adalah sungguh penting. Perlulah berrfikiran terbuka, dan saling maaf memaafi. Teguran yang dibuat pula haruslah teguran yang membina dan bukannya menyalahkan. Kakitangan akan merasa senang dan selesa jika berada dengan orang yang mempunyai nilai murni yang tinggi, berfikiran posit dan penuh dengan kasih sayang. Mereka akan rasa selamat dan tidak takut atau gentar mahupun resah Nilai nilai murni yang dipupuk dan diamalkan dapat menjamin keharmonian sesebuah organisasi. #SueAnneSerra #SBL #LivingInValuesEveryday #values Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment