INDAHNYA PERSAHABATAN Pagi tadi bertemu dengan teman UITM Arau Perlis, CikPuan Latipah Zainuddin di pelancaran buku Prof Muhd Kamil di PWTC. Terkejut dan gembira kerana masih mengenali Cik Sue Anne walaupun telah lama sungguh tak berjumpa. Malu pula bila ditanya tak ingat ke ? Tapi bila dibuka kaca mata, Cik Sue Anne terus dapat meneka dengan betul. Jangan kecil hati ye. Teringat zaman kita sama sama polish kasut kesatria. CikPuan Latifah Zainuddin dan CikPuan Zawiah Zainal Aznam sering membantu. Cik Sue Anne tak pandai walaupun anak seorang perajurit. Indahnya persahabatan. # UitmArauPerlis Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment