PENGURUSAN BISNES DOBI 6. DOBI LAYAN DIRI ======================== . Saya berminat hendak memulakan perniagaan kedai dobi layan diri. . Soalan: ------------- A. Berapa modal yang saya perlukan? . . Jawapan: ---------------- Modal untuk membuka Kedai Dobi Layan diri bergantung kepada: 1. Sewa + deposit : . Tertakluk kepada kawasan yang dipilih, sewa memainkan peranan yang utama. Selalunya kawasan yang berpotensi memang mahal sewanya. . . 2. Mesin-mesin : . Mesin yang diperlukan adalah i) Mesin Pencuci ii) Mesin Pengering iii) Mesin pertukaran wang Modal bagi pembelian mesin adalah bergantung kepada keupayaan mesin mencuci /mengering yang dipilih. . Terdapat berapa saiz diantara 7 kg, 10kg, 14kg, 25 kg dan sebagainya. . Sebelum membeli mesin haruslah kenalpasti siapa pelanggan kita. Andai sasaran adalah untuk asrama, memadailah dengan mesin 7 kg . . Tetapi sekiranya kawasan orang bujang, dan berkeluarga mesin pencuci 10 kg, 14 kg dan 25kg menjadi pilihan mereka. . Kedai Dobi Layan Diri yang digemari ramai adalah yang menyediakan bilangan mesin yang banyak dan berkapasiti besar. Ini adalah kerana pelanggan tidak perlu menunggu lama. . . 3. Pemasangan . Selain dari itu untuk pengusaha memerlukan juga kontraktor untuk pemasangan pendawaian letrik, air dan sebagainya. . . Oleh yang demikian, kos untuk menyediakan kedai dobi layan diri bermula dari RM70,000/- sehingga boleh mencecah ke RM350,000/- dan lebih. . bersambung.... #GurudobiSerra #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment