Tuesday, 8 March 2016

PENGURUSAN BISNES DOBI CUCIAN AQUA ======================== Professional wet cleaning atau lebih dikenali sebagai Aqua Wash adalah cucian alternatif kepada Cucian Kering. . Ia adalah popular dikalangan kedai dobi di Malaysia kini. . Cucian Aqua menggunakan bahan pencuci khas yang diimport dan dicuci oleh mesin khas yang diprogram untuk cucian Aqua. Mesin cucian Aqua adalah jauh lebih murah berbanding dengan mesin Cucian Kering . Ia mampu dimilik oleh kedai dobi berskala medium. Soalan yang sering ditanya mengenai Cucian Aqua adalah: 1. Apakah pakaian yang boleh dibuat Cucian Aqua? . Pakaian yang berlabel "Dry Clean Only" boleh dicuci Aqua pakaian bermanik, kot, samping, sutera, batik dan lain lain. . 2. Apakah kelebihan Cucian Aqua? . Lebih bersih kerana ia menggunakan bahan pencuci (sabun biodegradable ) dan dibilas lembut dengan air. . Tiada bauan gasoline tapi bau haruman pelembut yang menyenangkan. . Lebih selamat terutama kepada pengusaha dan mesra alam. . 3. Apakah risiko Cucian Aqua. . Kemungkinan pakaian akan kecut sedikit oleh kerana proses ini menggunakan air. Namun dengan kekemasan akhir yang baik dapat mengatasi ataupun mengurangkan kesan tersebut. . Ada juga pakaian yang mungkin menurun. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan risiko ini. . 4. Bagaimana pula harga cucian? . Harganya adalah bersamaan dengan harga Cucian kering kerana bahan pencucinya diimport. #GuruDobiSerra #SerraTheProfessionalLaundrette #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/21YaH8B
via IFTTT

No comments:

Post a Comment