Pages

Tuesday, 8 March 2016

PENGURUSAN BISNES -DOBI -Cucian Kering ========================= . Kedai dobi ada menyediakan servis Cucian Kering atau lebih dikenali sebagai Dry Clean. . Apa itu Cucian Kering (Dry Clean)? ----------------------------------------------------- . Cucian Kering adalah proses cucian pakaian atau textile tanpa penggunaan air. Ia menggunakan bahan kimia perchloroethylene, atau lebih dikenali dengan nama Perc. . Pakaian seperti wool, kulit, songket, sari, pakaian baru selalunya disarankan untuk dicuci dengan cara cucian kering. . Harga bagi cucian kering adalah lebih tinggi disebabkan penjagaan cuciannya yang berbeza dan mesinnya yang lebih canggih. . Tidak semua kedai dobi memiliki mesin Cucian Kering ini kerana kosnya yang mahal. Oleh yang demikian kebanyakkan dobi berskala kecil dan medium mendapatkan servis dari Pusat Cucian Kering. Selalunya ia memgambil masa 2-3 hari untuk disiapkan. . Proses pencuciannya juga berbeza. . 1. Pakaian yang dihantar akan diteliti dahulu. . 2. Sekiranya terdapat kesan kotor, haruslah di buat spotting dahulu secara manual. . 3.Pakaian dimasukkan kedalam mesin mengikut program yang telah disediakan. . 4. Proses cucian bermula apabila bahan perc di sembur kedalam mesin sambil putaran bermula. . 5.Disingkatkan kata, setelah proses selesai, pakaian dikeluarkan kering dan diudarakan sebelum digosok. . Semenjak tahun 2013, Proses Cucian Kering telah berkurangan sambutannya. Bahan Perc yang digunakan didapati agak berbahaya kepada pengusaha. . Semenjak itu Cucian Aqua mula diperkenalkan sebagai cucian alternatif. . Nantikan perkongsian seterusnya mengenai Cucian Alternatif ini #GuruDobiSerra #SerraTheProfessionalLaundrette #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/1QImDRi
via IFTTT

No comments:

Post a Comment