Monday, 21 March 2016

PENGURUSAN BISNES DOBI - MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI. ============================ Soalan: ------------- . Saya ingin mengambil alih sebuah kedai dobi layan diri. Apakah yang perlu saya lakukan? . . Jawapan: ---------------- . Perniagaan dobi layan diri berbeza dengan dobi servis. Ianya tidak menyediakan perkhidmatan melipat, menggosok mahupun cucian aqua kepada pelanggan. . Namun cikpuan harus menitik beratkan kepada saiz mesin dan bilangan mesin yang sedia ada. Kebanyakan dobi layan diri yang menjadi pilihan ramai adalah kedai dobi layan diri yang menawarkan mesin cucian berkapasiti besar dan bilangan yang banyak. 1. Fahami ciri ciri mesin. ---------------------------------------- . Sebelum memulakan perniagaan dalam bidang dobi layan diri fahami tentang ciri ciri mesin mesin yang didalam pasaran. . A) Terdapat beberapa jenis mesin iaitu top load dan front load. . B) Mesin juga mempunyai capasiti muatan yang pelbagai isitu 7k, 10kg, 14kg, dan lain lain. . C) Ada mesin yang dibekalkan dengan termostat untuk cucian air panas. . 2. Berapa saiz dan bilangan mesin yang sedia ada didalam kedai yang ingin di ambil alih? Paling kurang kedai yang menjadi pilihan adalah 5 mesin basuh dan 5 mesin pengering. . . 3. Adakah 'soap dispenser' siap dipasang? . . 4. Catitkan jenis semua mesin diatas dan tarikh pembeliannya (sekurang- kurangnya tahun dibeli) . . Tanyalah bila tarikh terakhir servis yang dibuat dan siapakah mekanik yang menguruskannya. . Data ini penting untuk mengkaji jangka hayat dan keberangkalian kerosakan yang akan timbul selepas pengambil alihan. . . 5. Buat kajian logistik. ------------------------------------ . Seperti biasa: . A. Buat lawatan ke kedai tersebut dan lihat keadaan dalam kedai. . B. Kaji kedudukan kedai dan sasaran pelanggan. . C. Catitkan pesaing kedai dobi layan diri yang berdekatan dan kedai dobi servis yang ada berdekatan. . . 6. Rekod jualan harian -------------------------------------- Rekod jualan harian amatlah penting. Pohon data rekod untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan yang lepas. Ianya hanya boleh didapati daripada pemilik kedai. . . 3. Rekod perbelanjaan bulanan -------------------------------------------------- Rekod perbelanjaan bulanan seperti Letrik, Air, Bahan Mentah, Talipon, Gaji pekerja antara yang penting dikaji. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan yang lepas, rekod ini haruslah diperolehi . Jangan lupa bertanyakan senarai bil yang tertunggak jika ada. . . 5. Pekerja --------------- Dobi layan diri menggunakan sekurang kurangnya seorang supervisor dan seorang pekerja am. Ambil informasi tentang pekerja, contohnya berapa lama telah bekerja, gaji , tugas yang dipertanggungjawabkan dan lain-lain. . . 6. Perjanjian sewa kedai -------------------------------------- Bacalah perjanjian sewa kedai. Ambil perhatian pada tempoh masa sewa dan kadar sewa yang dikenakan. . Tanya berapakah kadar sewa dikawasan sekitar pada tarikh semasa. . . 7. Dapatkan pandangan Mentor ------------------------------------------------- Pandangan mentor dobi boleh membantu tuan tuan dan cikpuan membuat kajian diatas membuat pilihan dan keputusan. . . Fakta yang dikumpulkan akan membolehkan Tuan-Tuan dan CikPuan menilai harga yang ditawarkan untuk pengambil-alihan. . . #GuruDobiSerra #SerraTheProfessionalLaundrette #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/1PnL44H
via IFTTT

No comments:

Post a Comment