Sunday, 20 March 2016

PENGURUSAN BISNES DOBI SIRI 13 - MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN DOBI SERVIS. ============================ Soalan: ------------- . Saya ingin mengambil alih sebuah kedai dobi. Apakah yang perlu saya lakukan. . . Jawapan: ---------------- . Sebelum memulakan perniagaan dalam bidang dobi dapatkan seorang mentor dan pelajari ilmu pengurusan bisnes ini dahulu. . Andai ingin mengambilalih kedai dobi yang ingin dijual, lakukan kajian. . 7 perkara yang perlu Tuan-Tuan dan CikPuan lakukan:- . . 1. Buat kajian logistik. ------------------------------------ A. Buat lawatan ke kedai tersebut dan lihat keadaan dalam kedai. . B. Kaji kedudukan kedai dan sasaran pelanggan. . C. Catitkan pesaing kedai dobi servis yang berdekatan dan kedai dobi layan diri yang ada. . . 2. Mesin ---------------- Dapatkan infomasi tentang mesin. Berapa mesin basuh, mesin pengering dan boiler sterika steam yang terdapat di kedai itu. . Catitkan jenis semua mesin diatas dan tarikh pembeliannya (sekurang- kurangnya tahun dibeli) . . Data ini penting untuk mengkaji jangka hayat dan keberangkalian kerosakan yang akan timbul selepas pengambil alihan. . Tanyalah bila tarikh terakhir servis yang dibuat dan siapakah mekanik yang menguruskannya. . . 2. Rekod jualan harian -------------------------------------- Rekod jualan harian amatlah penting. Pohon data rekod untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan yang lepas. . . 3. Rekod perbelanjaan bulanan -------------------------------------------------- Rekod perbelanjaan bulanan seperti Letrik, Air, Bahan Mentah, Talipon, Gaji pekerja antara yang penting dikaji. . Sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan yang lepas, rekod ini haruslah diperolehi . Jangan lupa bertanyakan senarai bil yang tertunggak jika ada. . . 4. Senarai Pelanggan (Database) ----------------------------------------------------- Dapatkan senarai database pelanggan yang disimpan. Dari senarai boleh bertanyakan berpa pelanggan yang tetap dan sekiranya ada kontrak yang dipegang. (Contohnya cucian aqua untuk dobi lain). . 5. Pekerja --------------- Ambil informasi tentang pekerja. Bilangan pekerja, hari cuti dan surat tawaran yang dikeluarkan. . Contohnya berapa lama telah bekerja, gaji , tugas yang dipertanggung jawabkan dan lain-lain. . . 6. Perjanjian sewa kedai -------------------------------------- Bacalah perjanjian sewa kedai. Ambil perhatian pada tempoh masa sewa dan kadar sewa yang dikenakan. . Tanya berapakah kadar sewa dikawasan sekitar pada tarikh semasa. . . 7. Dapatkan pandangan Mentor ------------------------------------------------- Dengan modal sosial yang terbina bersama mentor dobi, ajaklah beliau membuat kajian diatas untuk membantu Tuan-Tuan dan CikPuan membuat pilihan dan keputusan. . . Fakta yang dikumpulkan akan membolehkan Tuan-Tuan dan CikPuan menilai harga yang ditawarkan untuk pengambil-alihan. . . #GuruDobiSerra #SerraTheProfessionalLaundrette #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/1XFJLnA
via IFTTT

No comments:

Post a Comment