Pages

Wednesday, 23 March 2016

PENGURUSAN BISNES DOBI SIRI 16 - MEMULAKAN PERNIAGAAN ----------------------------------------------------------- . SOALAN: Saya ingin memulakan perniagaan dobi. Tetapi saya tidak mempunyai modal. Bagaimanakah caranya? . . JAWAPAN: . . MODAL DIRI. Mulakan dengan modal diri. . Langkah 1 ---------------- . Dengan modal diri, tuan tuan dan cikpuan boleh menjadi i) agen pemasaran bagi kedai dobi. . Contoh 1. Seorang pelajar universiti pernah berkolabrasi dengan dobi servis. Beliau mendapatkan pakaian untuk cucian dari kawan kawan di hostel dan menghantar bahan cucian ke kedai dobi. Pihak dobi menawarkan harga cucian pukal dan menetapkan kadar minimum yang perlu dihantar setiap hari bagi melayakkan beliau mendapat harga istimewa. Setiap hari beliau berulang alik untuk menghantar dan mengambil cucian dobi. . Contoh ke 2. Mula memunggut comforter atau bahan cucian dari apartment dan hantarkan ke kedai dobi. Berbincang dengan pusat dobi untuk mendapatkan harga pukal. Cadangan diatas tidak memerlukan modal yang besar. Upah yang merupakan keuntungan bersih yang diterima boleh di kumpulkan untuk langkah ke 2. . . Langkah 2 ----------------- Beli seterika steam boiler . Dengan database pelanggan yang ada membolehkan tuan tuan dan CikPuan memulakan mendapatkan upah menggosok dirumah. . Sebelum itu hadirkan diri untuk mengenal fabrik dan belajar cara cara menggosok dengan teliti, dan cepat agar tidak membuang masa. Selamat mencuba! . . #GuruDobiSerra #SerraTheProfessionalLaundrette #PengurusanBisnes Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/1S5PAXt
via IFTTT

No comments:

Post a Comment