Pages

Thursday, 14 April 2016

PENGURUSAN BISNES - DOBI Cik Sue Anne diundang masuk ke dalam group whatsapp Dobi. Sejak kebelakangan ini ada 3 kumpulan mengundang masuk. Dalam kesibukkan aktiviti harian, sememangnya Cik Sue Anne jarang berceloteh di ruangan whatsapp mahupun telegram. Kecuali isue penting dan perlu. Sedih bila terbaca,ada segolongan orang yang mengambil kesempatan didalam kumpulan ini. Memberi tawaran harga dan menggula-gulakan dengan tawaran pembiayaan oleh agensi tertentu. Usahawan pula pantang dengar ada pembiayaan, terus berminat. Cik Sue Anne harap bakal bakal usahawan bersikap lebih bersedia sebelum membeli sebarang peralatan dobi. Mesin yang dibeli haruslah ada 'value for money'. Persiapkan diri dengan ilmu sebelum memulakan perniagaan. Dapatkan mentor dari bidang dobi dan garaplah sebanyak ilmu yang boleh. Ada beberapa ilmu yang perlu diikuti: 1) ilmu sebelum memulakan perniagaan 2) Ilmu untuk 'sustain' dalam perniagaan 3) Ilmu untuk terus membina 'growth' dan mengembangkan perniagaan. Cik Sue Anne dijemput hadir ke sesi Teh Tarik Bersama Tinto. Jemputlah hadir. Ruang adalah terhad. Daftar di http://ift.tt/264BUpK Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/264BVKg
via IFTTT

No comments:

Post a Comment