PENGURUSAN BISNES Hari ini bergegas ke tempat temujanji. Dari Genting terus ke perjumpaan seterusnya. . Hati berkata, mesti hadir hari ini. Tidak mahu ketinggalan lagi. . Sabtu lalu Guru Dato Roslan menemukan teman teman dengan beliau. Kerana punya agenda keluarga, Cik Sue Anne tidak dapat bersama. . Alhamdulillah, setibanya di tempat yang dijanjikan, kelihatan mereka telah mulakan perbincangan. . Perbincangan berupa santai. Malahan Tuan Nik Hasyudeen memang seorang yang 'humble', perkiraan saya. . Dalam tempoh yang singkat banyak yang disentuh. Kami sarat dengan ilmu dan perkongsiannya. Penyampaiannya mudah dihadam. Berpeluh kami ambil cacatan. . Alhamdulilah dipertemukan dengan insan hebat yang ingin memandaikan usahawan mengembangkan syarikat. Memantapkan organisasi. . Terima kasih kepada Guru kami Dato Roslan Ab Hamid kerana pertemukan kami. Banyak lagi yang nak dipelajari agar dapat dikongsi bersama teman teman SME. . Kepada teman teman yang berminat berguru dan mendapat menfaat, jemputlah hadir ke:- . Economy dan Strategy Roundtable Pada 10 May 2016 bertempat di Institut Integriti Malaysia. . Sila PM atau email Puan NorAishah Hj Ramlan (puanseriaishah@gmail.com) untuk tempahan. Tempat terhad kepada 30 orang sahaja. . #EPConsultGroup #PengurusanBisnes #SueAnneSerra. Suraya Anizah Abdullah
No comments:
Post a Comment