Pages

Saturday, 13 August 2016

Lawatan ke Kedai Dobi Mentee Serra. ------------------------------------------------------------ Usai sessi 1Met4.0 Kangar, Perlis semalam, kami telah singgah ke kedai dobi Alamku Mpkk di Kulim, Kedah. Hajat ingin berjumpa dengan mentee Serra. Pada 2008, 4 orang pelatih mengikuti sessi aperantis Dobi . Gugur syahid 3 orang. Hanya seorang yang kekal. CikPuan Razita Yahaya masih lagi berkhidmat di sini. Telah 7 tahun berlalu. Masih tegap lagi operasi kedai dobi. Dari penceritaan beliau, kami dapati beliau telah fasih dalam bidang ini. Selok belok mengenai pemasalahan mesin juga banyak dipelajari. Apatah lagi tentang karenah pekerja dan operasi. CikPuan Raziita seorang yang jujur dan penyabar. Kini beliau berjaya melatih 3 orang penolong untuk membantu operasi syarikat. Kami bangga dengan pencapaian beliau. Segalanya masih mengikuti SOP yang diajar. Kedai pun masih kekal momentum jualannya. Tahniah. Cik Sue Anne ingin maklumkan bahawa ada peluang bagi yang meminati bidang ini. Program IBC ; Memulakan Perniagaan Dobi anjuran INSKEN telah diperkenalkan. Sessi 2 hari akan diadakan seperti berikut:- Terengganu - 21 & 22 Ogos 2016 Alor Star - 24 & 25 Ogos 2016 dan Kuala Lumpur - 29 & 30 Ogos 2016. Boleh mendaftar di http://ift.tt/2b1jRfj atau whatsapp 012 200 6324 Suraya Anizah Suraya Anizah Abdullah


from Facebook http://ift.tt/2b1jiCi
via IFTTT

No comments:

Post a Comment