Pages

Thursday, 29 March 2018

29 March 2018 Khamis Nota ke 2 Dalam perniagaan perlu ada tim. Permulaannya kita yang lakarkan perniagaan. Kemudian bina tim. Mulakan dengan 2 tim . i. Pemasaran dan ii. Operasi Pemasaran mesti dipegang oleh pembina perniagaan. Sebab bisnes kita kecil. Dalam perniagaan dobi contohnya. Hanya kita yang tahu bercerita tentang nilai yang kita berikan. Kita tidak menjual barangan tapi kita kongsi kelebihan servis yang kita tawarkan. Kita tak omong kosong sebab kita tau proses kerja dan kualiti yang diberikan. Sebab itu kita sendiri kena ada ilmu , skil dan kemahiran. Sambil itu , kita jaga pelanggan . Kenali pelanggan kita siapa. Kadang kala dari pelanggan kita boleh dapat kontrak kerja di jabatan jabatan. Kita buat marketing. Operasi pula boleh diagihkan kepada staff. Sebab itu mesti ada staf di kedai. Pastikan staff berpengetahuan dan disuntik dengan nilai syarikat yang dibina. Pada awalnya kita kena menyelaras kerja. Walaupun s.o.p dibina. Kita kena pastikan kerja dibuat seperti yang sepatutnya. Ini mengelakkan kesilapan yang tidak diingini berlaku. Tapi yang penting sekali jaga duit keluar masuk. Rekod, masukkan sale dalam akaun. Jaga dan cantikkan akaun. #SerraLaunderette #GuruDobiMalaysia #SueAnneSerra Suraya Anizah Abdullah


from Facebook https://ift.tt/2GgSVch
via IFTTT

No comments:

Post a Comment