Saturday, 7 July 2018

7 Julai 2018 Sabtu Cerita pagi tadi. Kami keluar bersarapan awal di Leha Kelfood pagi tadi. Hajat dihati, kena sampai pejabat jam 9 pagi. Selesai bersarapan, kereta anaknda tidak dapat keluar kerana ada kereta lain parkir dibelakang. Lama juga bunyikan hon. Kelibat pemandu tidak kelihatan. Akibatnya kami tiba lewat ke pejabat. Kunci pada saya. Menyebabkan staff lain tak dapat masuk. Mereka kelihatan resah menunggu. Setibanya di perkarangan, saya bergegas membuka pintu sambil memohon maaf. Saya nyatakan kereta kami di blok tadi. Salah seorang dari staff berkata kepada saya. Beliau sering hadapi masaalah tersebut kerana parkir di kawasan flat. Nadanya agak tinggi menyalahkan penghuji flat yang lain. Saya faham. Lalu saya ingatkan bahawa dalam kes diatas, saya pandang segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Kita merancang. Allah menentukan. Mesti ada hikmahnya. Wallahu alam. Berbaik sangka di pagi hari agar emosi dan aura tidak terganggu. Sambil senyum kepada beliau. Suraya Anizah Abdullah


from Facebook https://ift.tt/2KZeqN4
via IFTTT

No comments:

Post a Comment